Contact Booking :
emel : motifbandmanagement@gmail.com

tel : +6281806300482 ( Firman- Jakarta)




Friday, June 28, 2013

Wajah Bukan Taruhan : motif band



Kebanyakan penyanyi negara ini memiliki pakej yang lengkap, namun sama sekali tidak berlaku di industri muzik Indonesia. Tanpa taruhan wajah tampan, nasib cerah tetap menyebelahi band dari negara jiran ini. Ia dapat dilihat pada band seperti ST12, Kangen dan Zivilia yang boleh dikatakan anggota kumpulannya tidaklah berwajah kacak. Pun begitu, muzik yang diketengahkan mereka begitu menjadi perhatian. Kini, satu lagi band dari Indonesia, Motif Band datang ke negara ini untuk mempromosikan single mereka, Tuhan Jagakan Dia. Band dianggotai lima anak muda kelahiran Bogor itu mengakui mereka berpegang pada keyakinan rezeki yang ditetapkan Tuhan. 

Dianggotai Kikin selaku vokalis, Rezza (gitar), Ado (dram), Atok (bass) dan Iman (gitar), Motif Band memaklumkan apa yang ingin dikongsikan kepada peminat adalah muzik diperjuangkan mereka. 
Ditubuhkan pada 2006, persaingan hebat dalam industri muzik Indonesia membuatkan Motif Band agak ketinggalan. Ketika kebanyakan band seangkatan sudah berjaya mencipta nama, Motif Band pula dilihat baru mendapat peluang. 
Mengulas mengenai tempoh hampir lapan tahun diambil Motif Band untuk mencipta nama, Kikin berkata, pembabitan mereka dalam muzik adalah bersandarkan kepada minat. 

“Tak dinafikan, kami agak terlewat menempa nama di persada muzik Indonesia mahu pun di Malaysia, tetapi rakan dari band lain yang sudah berjaya nyata tidak melupakan kami dengan sentiasa memberikan kata-kata semangat. 

“Jadi, dengan sema­ngat dan harapan mereka itu kami tidak pernah mahu berputus asa daripada berusaha. Akhirnya, inilah hasil yang kami inginkan dan Motif Band diterima peminat. 

“Bukan hanya peminat di Indonesia tetapi kini Motif Band menerusi kerjasama dengan MVM Production Sdn Bhd selaku rakan pengedar single, Tuhan Jagakan Dia membuka peluang untuk kami datang ke negara ini,” katanya. 

Menurut Kikin lagi, dengan sambutan baik diberikan peminat muzik di negara ini membuatkan mereka yakin untuk datang menjayakan aktiviti promosi single Tuhan Jagakan Dia. 

Motif Band yang kini popular juga dengan single Tanggal Satu Bulan Dua, memaklumkan peluang mereka mencuba nasib menembusi pasaran muzik Indonesia menjadi kenyataan pada 2009. 

“Kami muncul dengan album sulung, Cinta Bodohi Aku yang hanya di pasarkan di Indonesia. Menerusi lagu Tuhan Jagakan Dia, nampaknya peminat muzik Indonesia menerima kemunculan kami. 

“Sambutan diberikan peminat menaikkan semangat Motif Band serta keyakinan bahawa kehadiran kami sudah diterima. Apapun, ia bukan perkara mudah kerana kami pernah turun naik 10 syarikat rakaman untuk mendapatkan kepercayaan,” kata penyanyi kumpulan yang dikenali dengan lagu-lagu jiwang ini





No comments:

Post a Comment