Contact Booking :
emel : motifbandmanagement@gmail.com

tel : +6281806300482 ( Firman- Jakarta)




Friday, June 28, 2013

Motif Band Tangkap Leleh Jadi Identiti ;

SELEPAS ST12, kini giliran Motif Band pula mencuba nasib di negara ini. Dianggotai lima anak muda berasal dari Bogor, Indonesia, Kikin sebagai vokalis, Rezza (gitar), Ado (drum), Atok (bass) dan Iman (gitar), yakin kehadiran mereka mampu menarik hati peminat di negara ini. Bukan sekadar impian kosong, single terbaru mereka, Tuhan Jagakan Dia berjaya menarik pendengar sekali gus menaikkan populariti mereka di sini. Tidak hanya mempertaruhkan 'ketampanan' semata-mata, lagu pop rock ciptaan mereka itu turut mendapat sambutan hangat di negara mereka sendiri. Menurut Kikin, selaku vokalis Motif Band, mereka teruja dengan sambutan lagu tersebut, malah turut berharap mendapat terus sokongan dari peminat mereka. "Saya akui, pelbagai ujian yang kami hadapi semata-mata bagi memastikan muzik mereka diterima baik oleh masyarakat di negaranya ini. "Tapi ia bukan halangan untuk kami terus mengembangkan bakat yang ada dan mencuba nasib di Malaysia,” katanya Motif Band diilhamkan daripada makna motif itu sendiri iaitu corak, warna atau rekaan yang mewakili kecenderungan muzik setiap ahli kumpulan berkenaan masing-masing. Mula ditubuhkan pada tahun 2005, kumpulan berkenaan pernah merakamkan album pertama bersama Warner Music Indonesia bagaimanapun telah menyertai syarikat rakaman lain pada 2010 sehingga terhasilnya dua lagu popular mereka Tuhan Jagakan Dia dan Tanggal 1 Bulan 2. Kisah cinta sendiri Mengulas lanjut mengenai single Tuhan Jagakan Dia, Kikin berkata, setiap bait lagu itu mempunyai maksud yang mendalam buat seluruh anggotanya. “Memang tidak dinafikan kebanyakan lagu kami lebih kepada hubungan percintaan, setiap lagu yang kami sampaikan berpandukan pengalaman putus cinta masing-masing. "Dengan sebab itu juga cara kami meluahkan perasaan sedih melalui lagu yang disampaikan kepada pendengar, “Tapi itu tidak bermakna kami tidak ada lagu lain, namun begitu muziknya masih tetap tangkap leleh. Kerana ianya sudah menjadi identiti Motif Band kerana kami percaya kepada keaslian muzik kami sendiri dan tidak terikut-ikut dengan band lain,” katanya. Menurutnya lagi Motif Band berharap kehadiran mereka di persada muzik tempatan akan diterima baik oleh peminat di negara ini sebagaimana penerimaan positif yang diberikan kepada kumpulan muzik popular terdahulu. Mampu pergi jauh Meskipun terdapat pelbagai cabaran, ternyata kumpulan ini terlah berjaya menarik jutaan peminat melalui respons yang diberikan. Paling tidak diduga Motif Band telah mencatat sejarahnya tersendiri di Malaysia, apabila pihak MVM Production bertanggungjawab memperkenalkan kumpulan Motif Band dengan lagu-lagu tangkap leleh yang menjadi kekuatan serta resipi kejayaan mereka sehingga hari ini. Yakin dengan bakat dan kemampuan Motif Band, syarikat rakamannya, MVM mengatur pelbagai strategi untuk menaikkan lagi nama terkenal di kalangan peminat tanah air. Pengurus syarikat rakaman itu, Dexter Koh, berkata, mereka merupakan penyanyi yang berbakat besar dan pihaknya percaya Motif Band mampu melangkah pergi lebih jauh. "Melihat perkembangan ini pihak MVM telah diberi kepercayaan untuk memasarkan single ini dan telah membawa kumpulan ini ke Malaysia bagi memperkenalkan lagu mereka di kalangan peminat dengan lebih dekat," katanya ketika majlis memperkenalkan Motif Band baru-baru ini






No comments:

Post a Comment