Contact Booking :
emel : motifbandmanagement@gmail.com

tel : +6281806300482 ( Firman- Jakarta)




Tuesday, July 2, 2013

Motif Band - Mengapa Kau Pergi With Lyrics

LAGU-LAGU MOTIF BAND : MESTI DENGAR YAA
TERUSKAN SUPPORT MOTIF BAND YEAHH ;

single baru motif band: 'cinta bodohi aku'

lagu terbaru Motif Band - Ayal [kinsi.3forum.biz]

motif band - berbeda darinya

MOTIF BAND - AKHIR CERITA

SAAT HARUS MEMILIH - MOTIF BAND





Motif Band - Tanggal 1 Bulan 2 (Versi Promo) Lirik



SINGLE KEDUA MEREKA YANG TENGAH MAIN DI CUPING RADIO SEKARANG ;
TERUSKAN SUPPORT MOTIF BAND YEAHH :

Motif Band (Tuhan Jagakan Dia) Original Video Clip



SINGLE YANG MEMBUATKAN MOTIF BAND BERADA DIMANA MEREKA ADA SEKARANG ;
TERUSKAN SUPPORT MOTIF BAND YEAHH ;

Aktiviti Motif Bulan Julai ( Juli ) 2013


ANAK-ANAK MOTIF SANTAI BERSAMA KELUARGA MOTIF DI JAKARTA :) 


ANAK-ANAK MOTIF DI MAJALAH REMAJA (KELUARAN MALAYSIA)

ANAK-ANAK MOTIF BERKARAOKE ; IMAN MOTIF,ADO MOTIF,ATOK MOTIF,REZA MOTIF DAN KIKIN MOTIF

Friday, June 28, 2013

Motif Band Pernah Ditolak 10 Syarikat Rakaman :




KUALA LUMPUR, 22 MEI 2013: Mungkin ramai yang begitu menggemari lagu tangkap leleh berjudul Tuhan Jagakan Dia, sejak ianya diperdengarkan di corong radio tempatan beberapa bulan lalu. Namun, masih ramai yang belum tahu atau belum mengenali artis yang membawakan lagu berkenaan. Mereka ialah Motif Band iaitu lima orang anak muda berasal dari Bogor, Indonesia yang dianggotai Kikin sebagai vokalis, Rezza (gitar), Ado (drum), Atok (bass) dan Iman (gitar). Tidak mempertaruhkan paras rupa, sebaliknya muzik pop rock tangkap leleh mereka itu nampaknya telah berjaya membawa Motif Band singgah ke negara ini selepas nama mereka menjadi sebutan hangat di seluruh Indonesia. Ditemui semalam ketika majlis memperkenalkan Motif Band dan muzik mereka kepada pihak media, kumpulan ini nampaknya memiliki cerita pahitnya sendiri sebelum mula meraih populariti bermula awal 2012. Kikin selaku vokalis kumpulan berkenaan berkata, pelbagai ujian telah Motif Band lalui semata-mata untuk memastikan muzik mereka diterima baik oleh masyarakat di negaranya. "Kalau nak tahu, kami telah bertemu dengan 10 syarikat rakaman untuk mereka menerima muzik kami seadanya, tetapi semuanya ditolak. Malah persembahan kami pernah dibayar dengan sepinggan makanan oleh pihak penganjur dalam sebuah acara persembahan, tetapi perkara itu tidak dibuat untuk artis lain pula. "Tapi Alhamdulillah, semuanya itu adalah pengalaman berharga buat kami berlima dan kami percaya dengan rezeki serta usaha kami untuk memperkenalkan muzik Motif Band akan diperkenankan Tuhan suatu hari nanti," katanya. Nama Motif Band diilhamkan daripada makna motif itu sendiri iaitu corak, warna atau rekaan yang mewakili kecenderungan muzik setiap ahli kumpulan berkenaan masing-masing. Mula ditubuhkan pada tahun 2005, kumpulan berkenaan pernah merakamkan album pertama bersama Warner Music Indonesia bagaimanapun telah menyertai syarikat rakaman lain pada 2010 sehingga terhasilnya dua lagu popular mereka Tuhan Jagakan Dia dan Tanggal 1 Bulan 2. Di Malaysia, pihak MVM Production bertanggungjawab memperkenalkan kumpulan Motif Band dengan lagu-lagu tangkap leleh yang menjadi kekuatan serta resipi kejayaan mereka sehingga hari ini. Mereka akan berada di negara ini sehingga 24 Mei ini bagi menjalani rangka promosi di stesen radio, televisyen dan sesi fotografi Kata Kikin, setiap seorang daripada anggota kumpulannya mempunyai kerjaya masing-masing seperti ahli perniagaan dan juga tukang masak kerana kerjaya sebagai penyanyi di negaranya tidak mampu menjamin kesenangan. Namun begitu, setiap dua kali dalam seminggu, kumpulan berkenaan akan berhimpun untuk membuat latihan bersama-sama selain kerap mendapat undangan membuat persembahan termasuk undangan ke rancangan hiburan di stesen televisyen tempatan. "Memang kebanyakan lagu-lagu kami tangkap leleh atau sedih. Semuanya dicipta kami sendiri iaitu daripada luahan perasaan kami berpandukan pengalaman putus cinta masing-masing. "Tapi itu tidak bermakna kami tidak ada lagu lain, namun begitu muziknya masih tetap tangkap leleh. Kerana ianya sudah menjadi identiti Motif Band kerana kami percaya kepada keaslian muzik kami sendiri dan tidak terikut-ikut dengan band lain," katanya. Motif Band berharap kehadiran mereka di persada muzik tempatan akan diterima baik oleh peminat di negara ini sebagaimana penerimaan positif yang diberikan kepada kumpulan muzik popular terdahulu.




Wajah Bukan Taruhan : motif band



Kebanyakan penyanyi negara ini memiliki pakej yang lengkap, namun sama sekali tidak berlaku di industri muzik Indonesia. Tanpa taruhan wajah tampan, nasib cerah tetap menyebelahi band dari negara jiran ini. Ia dapat dilihat pada band seperti ST12, Kangen dan Zivilia yang boleh dikatakan anggota kumpulannya tidaklah berwajah kacak. Pun begitu, muzik yang diketengahkan mereka begitu menjadi perhatian. Kini, satu lagi band dari Indonesia, Motif Band datang ke negara ini untuk mempromosikan single mereka, Tuhan Jagakan Dia. Band dianggotai lima anak muda kelahiran Bogor itu mengakui mereka berpegang pada keyakinan rezeki yang ditetapkan Tuhan. 

Dianggotai Kikin selaku vokalis, Rezza (gitar), Ado (dram), Atok (bass) dan Iman (gitar), Motif Band memaklumkan apa yang ingin dikongsikan kepada peminat adalah muzik diperjuangkan mereka. 
Ditubuhkan pada 2006, persaingan hebat dalam industri muzik Indonesia membuatkan Motif Band agak ketinggalan. Ketika kebanyakan band seangkatan sudah berjaya mencipta nama, Motif Band pula dilihat baru mendapat peluang. 
Mengulas mengenai tempoh hampir lapan tahun diambil Motif Band untuk mencipta nama, Kikin berkata, pembabitan mereka dalam muzik adalah bersandarkan kepada minat. 

“Tak dinafikan, kami agak terlewat menempa nama di persada muzik Indonesia mahu pun di Malaysia, tetapi rakan dari band lain yang sudah berjaya nyata tidak melupakan kami dengan sentiasa memberikan kata-kata semangat. 

“Jadi, dengan sema­ngat dan harapan mereka itu kami tidak pernah mahu berputus asa daripada berusaha. Akhirnya, inilah hasil yang kami inginkan dan Motif Band diterima peminat. 

“Bukan hanya peminat di Indonesia tetapi kini Motif Band menerusi kerjasama dengan MVM Production Sdn Bhd selaku rakan pengedar single, Tuhan Jagakan Dia membuka peluang untuk kami datang ke negara ini,” katanya. 

Menurut Kikin lagi, dengan sambutan baik diberikan peminat muzik di negara ini membuatkan mereka yakin untuk datang menjayakan aktiviti promosi single Tuhan Jagakan Dia. 

Motif Band yang kini popular juga dengan single Tanggal Satu Bulan Dua, memaklumkan peluang mereka mencuba nasib menembusi pasaran muzik Indonesia menjadi kenyataan pada 2009. 

“Kami muncul dengan album sulung, Cinta Bodohi Aku yang hanya di pasarkan di Indonesia. Menerusi lagu Tuhan Jagakan Dia, nampaknya peminat muzik Indonesia menerima kemunculan kami. 

“Sambutan diberikan peminat menaikkan semangat Motif Band serta keyakinan bahawa kehadiran kami sudah diterima. Apapun, ia bukan perkara mudah kerana kami pernah turun naik 10 syarikat rakaman untuk mendapatkan kepercayaan,” kata penyanyi kumpulan yang dikenali dengan lagu-lagu jiwang ini





Motif Band Tangkap Leleh Jadi Identiti ;

SELEPAS ST12, kini giliran Motif Band pula mencuba nasib di negara ini. Dianggotai lima anak muda berasal dari Bogor, Indonesia, Kikin sebagai vokalis, Rezza (gitar), Ado (drum), Atok (bass) dan Iman (gitar), yakin kehadiran mereka mampu menarik hati peminat di negara ini. Bukan sekadar impian kosong, single terbaru mereka, Tuhan Jagakan Dia berjaya menarik pendengar sekali gus menaikkan populariti mereka di sini. Tidak hanya mempertaruhkan 'ketampanan' semata-mata, lagu pop rock ciptaan mereka itu turut mendapat sambutan hangat di negara mereka sendiri. Menurut Kikin, selaku vokalis Motif Band, mereka teruja dengan sambutan lagu tersebut, malah turut berharap mendapat terus sokongan dari peminat mereka. "Saya akui, pelbagai ujian yang kami hadapi semata-mata bagi memastikan muzik mereka diterima baik oleh masyarakat di negaranya ini. "Tapi ia bukan halangan untuk kami terus mengembangkan bakat yang ada dan mencuba nasib di Malaysia,” katanya Motif Band diilhamkan daripada makna motif itu sendiri iaitu corak, warna atau rekaan yang mewakili kecenderungan muzik setiap ahli kumpulan berkenaan masing-masing. Mula ditubuhkan pada tahun 2005, kumpulan berkenaan pernah merakamkan album pertama bersama Warner Music Indonesia bagaimanapun telah menyertai syarikat rakaman lain pada 2010 sehingga terhasilnya dua lagu popular mereka Tuhan Jagakan Dia dan Tanggal 1 Bulan 2. Kisah cinta sendiri Mengulas lanjut mengenai single Tuhan Jagakan Dia, Kikin berkata, setiap bait lagu itu mempunyai maksud yang mendalam buat seluruh anggotanya. “Memang tidak dinafikan kebanyakan lagu kami lebih kepada hubungan percintaan, setiap lagu yang kami sampaikan berpandukan pengalaman putus cinta masing-masing. "Dengan sebab itu juga cara kami meluahkan perasaan sedih melalui lagu yang disampaikan kepada pendengar, “Tapi itu tidak bermakna kami tidak ada lagu lain, namun begitu muziknya masih tetap tangkap leleh. Kerana ianya sudah menjadi identiti Motif Band kerana kami percaya kepada keaslian muzik kami sendiri dan tidak terikut-ikut dengan band lain,” katanya. Menurutnya lagi Motif Band berharap kehadiran mereka di persada muzik tempatan akan diterima baik oleh peminat di negara ini sebagaimana penerimaan positif yang diberikan kepada kumpulan muzik popular terdahulu. Mampu pergi jauh Meskipun terdapat pelbagai cabaran, ternyata kumpulan ini terlah berjaya menarik jutaan peminat melalui respons yang diberikan. Paling tidak diduga Motif Band telah mencatat sejarahnya tersendiri di Malaysia, apabila pihak MVM Production bertanggungjawab memperkenalkan kumpulan Motif Band dengan lagu-lagu tangkap leleh yang menjadi kekuatan serta resipi kejayaan mereka sehingga hari ini. Yakin dengan bakat dan kemampuan Motif Band, syarikat rakamannya, MVM mengatur pelbagai strategi untuk menaikkan lagi nama terkenal di kalangan peminat tanah air. Pengurus syarikat rakaman itu, Dexter Koh, berkata, mereka merupakan penyanyi yang berbakat besar dan pihaknya percaya Motif Band mampu melangkah pergi lebih jauh. "Melihat perkembangan ini pihak MVM telah diberi kepercayaan untuk memasarkan single ini dan telah membawa kumpulan ini ke Malaysia bagi memperkenalkan lagu mereka di kalangan peminat dengan lebih dekat," katanya ketika majlis memperkenalkan Motif Band baru-baru ini






Asal Tertubuhnya Motif Band :

Motif Band ditubuhkan sejak 16 Oktober 2005 di Kota Bogor. Lima anak muda yang dilahir dan dibesarkan di Kota Bogor, Jakarta, Kekin (vocal), Rezza(gitar), Ado(drum) Atok(Bass), Iman(gitar) sepakat ingin mewarnakan dunia muzik dengan karya mereka. Mereka bertekad untuk menghasilkan lagu-lagu yang disenangi ramai.
`Single’ `Tuhan Jagakan Dia’, merupakan motovasi mereka untuk melahirkan sebuah lagu dengan melodi dan lirik yang ringkas dan mudah diikuti tapi memiliki karekter yang tersendiri.
`Single’ ini juga memiliki maksud yang mendalam kepada mereka yang sedang dilamun cinta. Melalui lagu ini `penyanyi’ memohon agar Tuhan sentiasa menjaga perasaan cinta didalam hati kekasihnya. Meskipun mengetahui kekasihnya tidak sempurna namun sedikitpun tidak menjejas kesetiaannya.
Sejak dimuatkan ke dalam laman sesawang `youtube’ sejak enam bulan yang lalu, lagu ini telah mengundang perhatian ramai penggemar muzik dan telah ditonton lebih daripada sejuta kali. Melihatkan perkembangan semasa tumpuan terhadap lagu-lagu ciptaan dari negara seberang, Menerima kehadiran Motif Band merupakan pilihan tepat dalam mewarnai industri muzik tempatan.
• Country : Indonesia
• Genre : Pop Rock
• Status : Group

ALBUM
1st album –  Cinta Bodohi Aku (2009)
2nd album – Tuhan Jagakan Dia (2012)
3rd single – Tanggal 1 Bulan 2 (2013)

Sekitar Aktiviti Motif Band

 Ado : Drummer Motif Band





 Reza : Keyboardist Motif Band
Kikin : Vocalist Motif Band
Motif Band @THR gegar KL

 Iman : Guitarist Motif Band






 Atok : bassists Motif Band